AKU PEJUANG PASCA MERDEKA
Ibu
Beritahu ku erti
sebuah kemerdekaan?
Aku tak tahu jerit-perihmu
Aku tak tahu liku perjuanganmu..
Beritahu ku, Ibu!
Beritahu!
Agar aku mengerti
Agar aku jaga pekerti
Agar aku jadi
pejuang
pasca merdeka.
Kerana kutahu
mengisi dan mempertahankan kemerdekaan
adalah perjuangan yang tak kunjung padam..